Want your
own Fotopage?








 
Azaref's FotoPage

By: Azaref Naim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Saturday, 6-Sep-2008 13:17 Email | Share | | Bookmark
Memori terindahku...

Emakku di Changi Airport
Emak & Cikgu Laila di Changi Airport
Di Balai Berlepas Changi Airport
Aku & Nasri di perkarangan Masjid Quba'
Nasri & Rosman di perkarangan Masjid Quba'
Pokok kurma
Jabal Uhud
Maqam Saidina Hamzah di bawah Jabal Uhud
Emak & Amalina berlatarbelakangkan Jabal Uhud
View all 43 photos...
Alhamdulillah; segala puji kepunyaan Allah, dengan keizinannya kaki ini telah melangkah ke Bumi Haram, Tanah Suci Kota Makkah dan Kota Madinah untuk mengerjakan ibadah umrah (umrah sunat) di samping melakukan amalan ziarah. Terima kasih kepada emak kerana telah men'sponsor' perjalanan yang cukup indah ini.

Kami bertolak dari Kota Tinggi, Johor bersama jemaah umrah yang lain (Jemaah Asmadi Group, Kota Tinggi), pada 16 Ogos 2008, terus ke Changi Airport, Singapore. Perjalanan dari Changi Airport menaiki penerbangan Saudi Arabian terus ke Lapangan Terbang Jeddah. Tiba di Jeddah, terus menaiki bas yang disediakan untuk menuju ke Madinah al-Munawwarah (Kota yang Bercahaya).

Berada di Madinah selama 3 hari 2 malam dan seterusnya bertolak ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Berada di Makkah selama 5 hari 5 malam. Tiba di Changi Airport kembali pada 25 Ogos 2008. Inilah kupersembahkan kepada kalian memori terindahku semasa berada di sana...

Namun demikian, ia tidak dapat mengambarkan keseluruhan memori terindahku kerana ada banyak memori yang tidak dapat aku rakamkan melalui rakaman kamera, tetapi ianya kekal terakam di dalam ingatan yang sehingga kini masih terngiang-ngiang di mindaku akan kenangan perjalanan yang cukup indah itu...

Aku menyeru kepada kalian, jika ada rezeki pergilah ke sana, samada mengerjakan ibadah haji dan umrah, atau umrah sunat sahaja kerana kalian akan merasai satu pengalaman yang cukup indah, sukar dibayangkan dengan kata-kata. Bagi diriku sendiri tidak sabar menunggu cuti sekolah kerana aku mengimpikan untuk ke sana lagi, walaupun ongkosnya belum pasti ada...

Kalian juga boleh melayari internet untuk mendapatkan gambaran perjalanan indah ini daripada mereka yang sebelum ini telah menjadi tetamu Allah di bumi bertuah Makkah dan Madinah. Dan itu jugalah yang akan lakukan untuk mengubat kerinduanku...

Hi! Selamat menjalani ibadah puasa kepada semue umat islam.
Jika anda sedang mencari aksesori yg menawan untuk dipakai di hari raya, silalah ke http://beadsnlaces.fotopages.com untuk melihat aksesori crystal swarovski.
Tq…
Tue 9-Sep-2008 20:01
Posted by:nani
selamat menyertai fotopages

Entryku kali ini

Anak-anak bermain api
Bermain api di waktu pagi
Resepi bukan sebarang resepi
Cuba sekali pasti nak lagi
Wed 10-Sep-2008 04:43
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Welcome to fotopages & Selamat Berpuasa

Untuk Khidmat Perancang Perkahwinan, Andaman, Pelamin, Sewaan Kostum, etc, layari http://archa-wed.cjb.net atau hubungi - Papa Li 012-335 5881 atau Adeq 012-299 1770.

Kami berpengalaman lebih 10 tahun menyediakan khidmat wedding planner (Malay, Chinese, Indian, etc), pelamin perkahwinan, andaman pengantin, Hiasan Dewan, Fotografi, Kursus Tatarias & Grooming.



- rakan strategik bersama -

SiKecik Photography Service
Photographer for - Engagement - Wedding - Events - etc -
http://sikecik.fotopages.com

Thu 11-Sep-2008 15:14
Posted by:Archa Wedding Planner  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com